Alih Bahasa:

Author picture

SUMBANGAN KOMPUTER OLEH PIHAK BAITULMAL UNTUK KEGUNAAN PROGRAM TVET DI SEKOLAH AS-SIDDIQIAH, PADANG KERASAK, NAKA

Padang Terap, Naka (26/06/2022)- Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan komputer sebanyak 10 unit untuk kegunaan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) kepada Sekolah Menengah Agama As- Siddiqiah, Padang Kerasak, Naka. Sumbangan ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Kamil Bin Husin mewakili Ketua Bahagian Baitulmal kepada Yang Berusaha Tuan Syeikh Hasbullah Bin Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk diserahkan kepada Ustaz Sidek bin Junus, Pengetua Sekolah Menengah Agama As- Siddiqiah.

Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat membantu anak-anak pelajar untuk meneruskan pengajian dengan lebih efisien dan sistematik seterusnya melahirkan pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. In sya Allah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.