Alih Bahasa:

Baitulmal

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

KUTIPAN SEMASA HASIL BAITULMAL 2024

WordPress Table Plugin

INFORMASI

Sejarah penubuhan Baitulmal MAIK, Jawatankuasa serta tanggungjawab utama

BANTUAN

Jenis-jenis bantuan yang disediakan dan boleh memohon sekiranya memenuhi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. 

INFO BAITULMAL

Penubuhan Baitulmal

* Baitulmal Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1962 secara rasminya di bawah Seksyen 102 dan 172 (Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah) No 9 Tahun 1962 dan telah diperbaharui di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 di bawah Seksyen 47.

* Pengurusan Baitulmal dilaksanakan pada awalnya berpandukan Peratoran Baitul-mal 1970 di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 1962 dan telah dikemaskini dibawah Peraturan-Peraturan Baitulmal (Kedah Darul Aman) 2021 pada 01 September 2021 mengikut Enakmen Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 untuk menggantikan Peraturan Baitulmal 1970.

Jawatankuasa Baitulmal

Menurut Peraturan-Peraturan Baitulmal (Kedah Darul Aman) 2021, pelaksanaan fungsi dan peranan Baitulmal hendaklah dilaksanakan melalui satu jawatankuasa dan jawatankuasa perlu dilantik oleh Majlis di bawah Peraturan 8 (1) “Majlis hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan semua perkara yang berhubungan dengan Baitulmal di bawah Peraturan-Peraturan ini”.

Keanggotaan Jawatankuasa

1) Timbalan Yang Dipertua MAIK
2) Mufti
3) Penasihat Undang-Undang Negeri
4) Setiausaha MAIK
5) Pengarah Tanah Dan Galian Negeri
6) Dua orang anggota lain yang dilantik oleh MAIK daripada orang Islam yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pengurusan dan pembangunan harta Baitulmal.

Peranan Jawatankuasa
Peranan utama Jawatankuasa Baitulmal ialah seperti berikut:
a) Untuk menjalankan apa-apa arahan, dasar atau keputusan yang dibuat oleh Majlis berhubung dengan Baitulmal;
b) Untuk mengawal selia dan memantau pengurusan, pelaksanaan, pembangunan dan pelaburan wang atau harta Baitulmal;
c) Untuk menasihati dan membuat syor kepada Majlis dalam perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan pentadbiran Baitulmal, pelaksanaan, pembangunan dan pelaburan wang atau harta Baitulmal;
d) Untuk meluluskan anggaran belanjawan tahunan wang atau harta Baitulmal;
e) Untuk melaksanakan pembelian, penjualan, dan pelupusan wang atau harta Baitulmal;
f) Untuk melaksanakan pemberian, pembiayaan, sumbangan, pinjaman, dan bantuan daripada wang atau harta Baitulmal;
g) Untuk mengurus, mentadbir dan mengendalikan skim-skim di bawah Baitulmal serta segala perbelanjaan berkaitan dengannya; dan
h) Untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau yang diarahkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

Sumber Baitulmal
Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tidak alih, yang menurut hukum syarak atau di bawah Enakmen ini atau Peraturan kaedah yang dibuat dibawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang kepada Baitulmal.
Di dalam Peraturan 17, Wang atau harta itu termasuklah wang atau harta daripada sumber-sumber seperti berikut :
a) Harta Pusaka;
b) Luqatah;
c) Wang atau Harta Tidak Patuh Syariah
d) Hutang kepada pemiutang atau waris kepada pemiutang yang tidak dapat dikesan;
e) Wang Khul’ yang tidak dituntut;
f) Hibah;
g) Wasiat;
h) Infak Fisabilillah;
i) Lain-lain sumber hasil yang ditentukan oleh Majlis.

PIAGAM PELANGGAN

Piagam pelanggan Bahagian Baitulmal menetapkan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi untuk memastikan khidmat yang diberi kepada pelanggan adalah efisyen dan memuaskan:

1) Melaksanakan proses penjualan/penyewaan tanah adalah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan bagi pemohon yang terdiri daripada waris si mati, penama dalam geran, pengusaha tanah atau orang ramai dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.

2) Menguruskan permohonan pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diterima.

3) Menguruskan permohonan bantuan seperti Bantuan Am, Bencana Alam, Perubatan dan lain-lain bantuan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan diterima.

4) Menguruskan permohonan bantuan kecemasan di antara 20 hingga 60 minit mengikut jenis kecemasan dan tempoh siasatan selepas permohonan diterima.

BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat 6 jenis Bantuan Baitulmal yang disediakan untuk masyarakat. Secara amnya, sasaran bantuan adalah untuk rakyat negeri Kedah.  

Berikut adalah jenis bantuan dan kaedah bagi tujuan permohonan untuk rujukan dan panduan sekiranya ingin memohon.

Syarat Kelayakan Bantuan Am:
* Warganegara Malaysia.
* Bermastautin di negeri Kedah.
* Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
* Ibu Tunggal , warga emas, OKU, anak yatim dan penjaga ibu atau bapa yang uzur.
* Bilangan tanggungan anak yang masih bersekolah 2 orang dan ke atas.


Kaedah Permohonan
1) Pemohon perlu mendapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan atau kecurian barang.
3) Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri /salinan kad pengenalan sementara.

Senarai Dokumen Diperlukan:
1) Salinan kad pengenalan.
2) Surat pengesahan sekolah.
3) Surat / sijil kematian atau perceraian.
4) Penyata gaji (sekiranya ada).
5) Lain-lain (dokumen sokongan).
6) Borang permohonan hendaklah disahkan dan di cop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid.
7) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat Kelayakan Bantuan Bencana Alam:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Negeri Kedah.
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
4) Kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain untuk rumah kediaman yang didiami sahaja.

Kaedah Permohonan
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan kad pengenalan.
2) Laporan Polis.
3) Gambar bencana alam.
4) Borang permohonan. hendaklah di sahkan dan di cop oleh Imam atau jawatankuasa Masjid.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat kelayakan Bantuan Perubatan:
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Negeri Kedah.
3) Sakit Kronik (jantung, buah pinggang, kanser, stroke, kemalangan jalan raya, dan lain-lain penyakit yang dikategori sebagai kronik).
4) Mendapat rawatan di klinik/hospital kerajaan Malaysia.
5) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

Kaedah Permohonan
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan pesakit atau penjaga.
2) Gambar Pesakit (jika perlu).
3) Borang permohonan hendaklah disahkan dan dicop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid dan Pegawai Perubatan Kerajaan.
4) Salinan sebut harga peralatan perubatan (jika perlu).
5) Salinan akaun bank pemohon atau penjaga yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah yang tidak dituntut:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Meninggal dunia dan ditempatkan di mana-mana hospital di Negeri Kedah.
3) Jenazah tidak mempunyai waris untuk menguruskannya.

Kaedah Permohonan:
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah.
2) Lampirkan satu salinan surat perkuburan yang telah disahkan atau salinan surat mati yang telah disahkan.
3) Lampirkan laporan Polis.
4) Pengurusan jenazah perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Hospital.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah miskin :
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Meninggal dunia di Negeri Kedah.
3) Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Kaedah Permohonan:
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah.
2) Lampirkan satu salinan surat kebenaran pengebumian.
3) Lampirkan laporan Polis.
4) Lampirkan surat pengesahan daripada Jawatankuasa Kariah Masjid.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma , syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat kelayakan Bantuan Institusi-institusi Agama :
1) Sekolah Agama, Tahfiz, pondok dan lain-lain pusat pengajian Islam.
2) Masjid atau surau.
3) Institusi Agama mestilah terletak di Negeri Kedah.



Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut :
1) Institusi hendaklah berdaftar dengan MAIK/JHEAIK/PBT dan lain-lain agensi yang berkaitan.
2) Menyatakan dengan jelas tujuan permohonan kepada pihak Baitulmal.

Kaedah Permohonan
1) Kemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak Baitulmal Negeri Kedah.
2) Sertakan bersama kertas kerja yang lengkap beserta implikasi kewangan (lampirkan dokumen sebutharga sekiranya ada).
3) Gambar tujuan permohonan (untuk baik pulih prasarana yang rosak).
4) Salinan akaun bank agensi/persatuan yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma dan syarat kelulusan MAIK.

Syarat Kelayakan Bantuan Kecemasan:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
3) Terputus bekalan makanan.
4) Musafir yang terputus kewangan.

Kaedah Permohonan
1) Pemohon perlu mendapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan atau kecurian barang.
3) Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri /salinan kad pengenalan sementara.

Cara Bayaran / Agihan:
1) Bayaran secara tunai (menggunakan panjar wang runcit) mengikut keperluan.
2) Kit Makanan.
3) Pembelian tiket Bas atau Kereta Api.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK.

AGIHAN SEMASA BANTUAN BAITULMAL 2023

WordPress Table Plugin

PREMIS UNTUK DI SEWA

Sila klik di sini untuk ke halaman Hartanah Baitulmal untuk di sewa.
WordPress Table Plugin

AKTIVITI SEMASA

MAJLIS KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FIDYAH BAGI TAHUN 1445H/2024M
07Mar

MAJLIS KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FIDYAH BAGI TAHUN 1445H/2024M

SIK (07 MAC 2024) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat untuk…

MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAKAN STRATEGIK & MEDIA ANJURAN BAITULMAL MAIK
21Sep

MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAKAN STRATEGIK & MEDIA ANJURAN BAITULMAL MAIK

RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE, ALOR SETAR – Program julungkalinya dianjurkan oleh Baitulmal sebagai salah…

SUMBANGAN MOTOSIKAL KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN FAKIR MISKIN OLEH PIHAK BAITULMAL MAIK
29Aug

SUMBANGAN MOTOSIKAL KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN FAKIR MISKIN OLEH PIHAK BAITULMAL MAIK

Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan motosikal kepada…

MUAT TURUN

MUAT TURUN

Borang Permohonan Sewa Hartanah / Premis Baitulmal

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.