BERITA MAIK

Sesi Perbincangan Bersama Universiti Utara Malaysia berhubung Pelan Pendigitalan MAIK 2027–2030

ALOR SETAR, 20 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Universiti Utara Malaysia berhubung Pelan Pendigitalan MAIK 2027–2030 bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Omar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK. Manakala pembentangan telah disampaikan oleh wakil dari Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Profesor Madya Noraziah binti Che Pa, Dr. Zhamri bin Che Ani dan Dr. Amran bin Ahmad. Pembentangan ini bertujuan memperincikan pembangunan Pelan Pendigitalan MAIK 2027–2030 sebagai usaha memperkukuh transformasi digital hal ehwal Islam di negeri Kedah. Sesi pembentangan ini telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026