ALOR SETAR, 14 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Sistem GIS Hartanah MAIK pada 13 hingga 14 Oktober 2026 bertempat di Bilik Perbincangan MAIK. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Hassan bin Abdul Hamid Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada MADA.
Bengkel ini mendedahkan warga kerja MAIK kepada aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan hartanah wakaf dan baitulmal. Usaha ini bermatlamat membangunkan Sistem GIS Hartanah MAIK bagi memperkukuh sistem pengurusan hartanah sedia ada demi tadbir urus aset umat Islam yang lebih efisien dan telus.
