BANTUAN MOTOSIKAL SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
TUJUAN SUMBANGAN
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), berpendapatan rendah dan peniaga kecil untuk bekerja menyara diri dan tanggungan.
PEMOHON YANG LAYAK
- Golongan Orang Kurang Upaya
- Peniaga Kecil / Penjaja Motosikal
- Penghantar Makanan / Barang bermotosikal
KAEDAH PERMOHONAN
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan dengan mengemukakan Borang Bantuan Motosikal Baitulmal MAIK bersama-sama dokumen sokongan seperti berikut:-
- SALINAN KAD PENGENALAN
- SALINAN KAD PENGENALAN TANGGUNGAN/ISI RUMAH
- SALINAN LESEN MEMANDU
- SALINAN KAD OKU (BAGI PEMOHON OKU)
- PENGESAHAN RAWATAN DARI HOSPITAL ATAU KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG DISAHKAN (JIKA BERKAITAN)
- PENYATA PENDAPATAN ATAU SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di negeri Kedah Darul Aman
- Mempunyai lesen memandu yang sah (Kelas: A (Kenderaan OKU) / B2 (Motosikal <250cc) / C (Motosikal Roda Tiga)
- Tidak mempunyai motosikal atau apa-apa kenderaan lain
- Pendapatan isi keluarga kurang daripada RM2,000.00 sebulan
- Keperluan motosikal bagi kegunaan bekerja dan menyara hidup
Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.
Permohonan adalah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kelulusan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Bantuan Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman di talian atau melalui email seperti di bawah :-
Telefon: 04-702 6200 ext. 6249 atau 6250
eMel: maik@kedah.gov.my
Permohonan hendaklah dihantar ke kaunter melalui serahan tangan atau pos ke alamat seperti berikut:-
Ketua Bahagian Baitulmal
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
(u/p: Unit Bantuan)