Alih Bahasa:

PUTRAJAYA (21 OKTOBER 2025) – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan (Exit Conference) MAIK Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan bersama Jabatan Audit Negara dan pentadbiran MAIK bertempat di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

YBhg. Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024.

Hadir bersama pentadbiran MAIK diketuai oleh Setiausaha MAIK, Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin; Sahibus Samahah YBhg. Dato’ Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; serta kakitangan dari Jabatan Audit Negara, Negeri Kedah diketuai oleh Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIK Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024. YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada dua (2) syarikat di bawah MAIK iaitu Lubitrade Sendirian Berhad dan Pengurusan Izzah Sendirian Berhad pada 21 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh Sohibus Samahah YBhg. Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang. Pengurusan Izzah Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani@Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK merangkap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pengurusan Izzah Sendirian Berhad, manakala Lubitrade Sendirian Berhad  diwakili oleh YBrs. Tuan Abdul Malek bin Shaari dan Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bermula awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.