Alih Bahasa:

26 September 2025 (Alor Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah dan Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

 

Baginda Tuanku Sultan Kedah perkenan bergambar bersama-sama dif-dif kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Iman sebelum menunaikan solat jumaat yang diimamkan oleh  Al fadhil Ustaz Azhar bin Ibrahim, Imam Masjid Nurul Iman.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.