05 Ogos 2025 (Kota Setar): Yang Berbahagia Encik Abdul Malek bin Shaari,AMK.,BCK., Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan merangkap Penolong Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kehadiran Unit Syariah Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak yang bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Omar JHEAIK, di sini.
Delegasi Unit Syariah JPB Negeri Sarawak yang diketuai oleh Encik Hisyamudin bin Roslan, Peguam Kanan Negeri Sarawak, Haji Khairul Anwar bin Shazali, Puan Sumirati binti Sudarjo dan Puan Nur Shazwani binti Saini.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan berkongsi pendapat berkaitan Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Pengisyitaran Bahawa Seseorang Itu Bukan Lagi Orang Islam dan Pelaksanaan Istitabah. Lawatan ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan dua hala antara agensi, malah menjadi platform terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, khususnya dalam aspek pengurusan kes-kes pengisytiharan status agama Islam.
Turut hadir bersama Tn Syeikh Amirudin Putera bin Zainol Abidin, BCK. ,Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan Tn Syeikh Firdaus bin Mohd Khalil, Ketua Unit Runding Cara Akidah, Jabatan Mufti Negeri Kedah.