Alih Bahasa:

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Agihan Dana Wakaf Kepada MAIN dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 49 Bilangan 2/2025 yang bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

Majlis dimulakan dengan sesi Penyerahan Agihan Dana Wakaf Tunai kepada Majlis Agama Islam (MAIN) seluruh Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 49 Bilangan 2/2025 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri bersama Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Wakaf Malaysia dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Mesyuarat tersebut tamat pada jam 12.30 tengahari dan diteruskan dengan jamuan makan tengahari sebelum kepulangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta diikuti dengan kepulangan dif-dif kenamaan dari setiap MAIN.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.