Alih Bahasa:

07 Julai 2025 – Alor Setar: Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2024 serta Persaraan Kakitangan MAIK yang bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Dalam ucaptama tersebut, beliau menegaskan majlis APC seumpama ini juga bukan sahaja sebagai pengiktirafan atas kerja keras dan dedikasi, tetapi juga sebagai motivasi kepada semua warga organisasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas persaraan mantan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh yang tamat kontrak pada 31 Disember 2024 serta persaraan Puan Norhairani binti Saad selaku Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAIK yang bersara wajib pada 01 Januari 2025.

Majlis diserikan dengan acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah persaraan kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh dan Puan Norhairani binti Saad sebelum menyerahkan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIK bagi Tahun 2024 kepada 6 orang penerima iaitu; Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf, Tuan Syeikh Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal, Puan Mazliza binti Mohd Noor, Ketua Pembantu Tadbir, Puan Nor Fadila Shuhada binti Khalid, Pembantu Hal Ehwal Islam, Encik Mohammad Affan bin Kossim, Pembantu Tadbir (P/O) dan Encik Mohd Izani bin Abd Aziz, Pembantu Khidmat Am.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan kepada semua kakitangan MAIK sebelum diteruskan dengan pergerakan pulang tetamu jemputan, Setiausaha MAIK dan semua pegawai dan kakitangan yang hadir.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.