Alih Bahasa:

7 Julai 2025 – Alor Setar: Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menjayakan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MAIK yang dijalankan dengan penglibatan lansung pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah yang bertempat di Raia Hotel & Convention Centre.

Program yang berlangsung ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan YBhg. Tuan Syed Aswadi Bin Syed Soffian, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kedah serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MAIK dan SPRM Kedah.

Sebagai tanda komitmen, semua warga kerja MAIK yang hadir telah melafazkan ikrar serta menandatangani dokumen IBR, menzahirkan iltizam untuk menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam urusan pentadbiran agama Islam di negeri ini.

Menurut wakil SPRM, pelaksanaan IBR ini adalah sebahagian daripada usaha mendidik dan membudayakan nilai integriti di semua peringkat jabatan dan agensi, sejajar dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh sistem penyampaian yang bersih dan telus.

Majlis ini membuktikan kesungguhan MAIK dalam memastikan urus tadbir yang bebas rasuah serta menegaskan komitmen terhadap amanah yang dipikul demi kepentingan ummah di Negeri Kedah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.