Alih Bahasa:

27 Jun 2025 – Alor Setar: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.

Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah dan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Baginda KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah perkenan menyampaikan titah ucapan perasmian sempena sambutan Ma’al Hijrah bagi tahun 1447 Hijri sebelum diteruskan dengan pemsembahan nasyid oleh Kumpulan Auranis dari Maktab Mahmud Alor Setar serta tayangan video khas Ma’al Hijrah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis mencapai kemuncaknya apabila KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah turut perkenan memgurniakan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Haji Mokhtar bin Haji Saidin. Beliau merupakan antara sosok utama perintis kepada penemuan Tamadun Kedah Tua yang telah bertapak di Sungai Batu, Lembah Bujang ini semenjak kurun ke-8 Sebelum Masihi. Anugerah turut dikurniakan kepada masjid terbaik bagi kategori bandar iaitu Masjid Jame’ Badlishah, Daerah Yan dan masjid terbaik luar bandar iaitu Masjid Nurul Ehsan Paya Besar, Daerah Baling.

Baginda Tuanku berdua berangkat pulang pada jam 12.00 tengahari sebelum diikuti dengan kepulangan dif-dif kenamaan dan tetamu jemputan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.