Alih Bahasa:

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri bin Bakar, Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (Kabin KAFA) di Sekolah Kebangsaan Dataran Muda, Kuala Muda, di sini.

Kehadiran Yang Berbahagia Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal MAIK disambut oleh Encik Noor Izwan bin Abdul Rahim, Guru Besar SK Dataran Muda dan Tuan Syeikh Mohamad Ammar Najdi bin Mohamad (Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda).

Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Syeikh Mohd Zamri memaklumkan penyerahan Kabin guru KAFA ini merupakan inisiatif bersama antara MAIK dan pihak berkaitan dalam membantu memudahkan urusan guru-guru KAFA di sekolah-sekolah yang terpilih. Kemudahan Kabin KAFA ini menurutnya, memberikan suasana kerja yang lebih privasi dan kondusif, sekaligus dapat meningkatkan mutu pengajaran terhadap anak didik di SK Dataran Muda.

Majlis ini diakhiri dengan lawatan ke Kabin KAFA SK Dataran Muda dan sesi menandatangani buku laporan kehadiran pelawat di kabin tersebut oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri bin Bakar dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.