Alih Bahasa:

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan, Kubang Pasu di sini.

Kehadiran Yang Berusaha Ketua Bahagian Baitulmal MAIK disambut oleh Tuan Haji Anuar Zamani bin Abdul Rahman Pegawai Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Encik Shahrinnizam bin Dun, Guru Besar SK Felda Laka Selatan

Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Syeikh Suhaimi memaklumkan penyerahan Kabin guru KAFA ini merupakan inisiatif bersama antara MAIK dan pihak berkaitan dalam membantu memudahkan urusan guru-guru KAFA di sekolah-sekolah yang terpilih, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti guru KAFA dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Di akhir ucapan beliau, Tuan Syeikh Suhaimi turut berbesar hati mengucapkan tahniah kepada SK Dulang kerana terpilih untuk menjayakan projek kabin guru KAFA yang bernilai RM16,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Belas Ribu Sahaja) sebelum merasmikan penyerahan kabin guru KAFA melalui simbolik penyerahan replika kunci kepada Tuan Guru Besar SK Felda Laka Selatan.

Hadir sama ke majlis ini, Encik Mohd Zukhari bin Zawayi, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Felda Laka Selatan, Ustaz Helmi bin Mohd Yusoff, Penyelia Kanan KAFA JHEAIK, Encik Mohamad Shabudin bin Mohammad Noor, Imam Masjid Felda Laka Selatan serta Guru-guru KAFA Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.