Alih Bahasa:

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Ketua Bahagian Baitulmal, Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee berganding bahu bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kedah, Encik Zakaria bin Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad dalam menyantuni empat pesakit terlantar di daerah Kuala Muda bagi melalui penyerahan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).

Dua pesakit daripada DUN Pantai Merdeka adalah Che Su binti Hasan, 76 terlantar sakit akibat penyakit strok dan Nurul Natasha binti Mohd Shukri, 19 yang terlantar akibat lumpuh ekoran kemalangan ngeri. Seterusnya dua pesakit dari DUN Bakar Arang adalah Muhammad Lukman Hakim bin Che Yahya, 64 merupakan pesakit yang lumpuh sebelah badan dan Mohammad Farifzul bin Zakaria, 36 terlantar akibat serangan strok.

Penyerahan bantuan ini bertujuan meringankan beban pesakit dari aspek kewangan dan peralatan perubatan sekaligus memenuhi keperluan semasa pesakit.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda, Encik Muhammad Annas bin Bahrarudin.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.