Alih Bahasa:

16 JUN 2025 – ALOR SETAR: Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima kunjungan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN yang bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Omar, JHEAIK, di sini.

Ketibaan Y.Brs Tuan Nik Yusaimi bin Yussof disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK merangkap Pengarah JHEAIK, Encik Abdul Malek bin Shaari, Penolong Setiausaha MAIK dan Tuan Syeikh Zainul Mukhtar bin Abdullah Sirajuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Islam JHEAIK.

Kunjungan hormat pihak KDN diisi dengan sesi pembentangan yang menfokuskan kepada 8 agenda, antaranya adalah Projek Hibah & Jom Exchange Al-Quran (JEQ) yang memberikan tukar ganti di antara Al-Quran yang mempunyai kesilapan dengan Al-Quran yang diperakui oleh KDN. Agenda seterusnya yang menjadi perhatian adalah berkaitan Kerjasama OP Bersepadu – OPS Mulia yang menjadi operasi utama dalam membanteras dan menyita Al-Quran yang tiada perakuan di premis komersial dan lain-lain lokasi.

Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi pertukaran cenderakenangan diantara Y.Bhg Setiausaha MAIK dan Setiausaha Bahagian Pengukatkuasaan dan Kawalan KDN. Hadir sama ke sesi kunjungan hormat ini adalah Encik Ameerul Izzat bin Muhammad, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan Negeri Kedah dan Dr. Aisyahmona binti Ghani, Ketua Bahagian Penyelidikan & Perancangan Strategik MAIK.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.