Alih Bahasa:

03 Jun 2025 – Brunei Darussalam: Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menghadiri Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Brunei, di sini, hari ini.

Persidangan ini dimulakan dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan Negara Brunei Darussalam sebelum diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Persidangan ini mencapai kemuncaknya dengan Sabda (Titah) Perasmian Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i dan pelancaran buku oleh Timbalan Sultan Negara Brunei Darussalam serta sesi Pembentangan Kertas Perdana oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.