Alih Bahasa:

10 Jun 2025 – Bandar Baharu: Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menganjurkan Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal MAIK bagi tahun 1446H/2025M bertempat di The Event Hall, Serdang, di sini.

Majlis ini disempurnakan dengan penyerahan daging korban oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan yang diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK kepada 160 orang penerima yang terpilih terdiri daripada anak-anak kariah berstatus asnaf dari seluruh daerah Bandar Baharu.

Setiausaha MAIK dalam ucapannya memaklumkan selain daripada agihan daging korban sebanyak 3 ekor lembu oleh Baitulmal MAIK, para penerima turut memperoleh sumbangan wang tunai sebangak RM300.00 seorang bagi meringankan beban pihak yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Beliau turut menyeru kepada semua tetamu yang hadir agar prihatin dan cakna terhadap masyarakat sekeliling yang memerlukan agar ibadah korban yang dilakukan dalam menjadi pentas untuk menyantuni golongan tersebut.

Hadir sama ke majlis ini, Yang Berusaha Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Muhammad Nasri bin Md. Hussain, Ahli Jawatankuasa Baitulmal MAIK.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.