Alih Bahasa:

PUSBA (3 JUN 2025)

PROGRAM QIYAMULAIL DAN MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 2 DIVISYEN BERSAMA PESERTA KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025 

Program Qiyamulail bersama peserta-peserta kursus telah diadakan bermula seawal jam 4.30 pagi telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Mohd Fouzi bin Sulaiman (Panglima 6 Bridged) selaku wakil kepada Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman (Panglima 2 Divisyen).

Program Qiyamulail tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tn Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA), Yang Berusaha Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin (Ketua Staf Markas 6 Bridged), Yang Berusaha Lt Kol Jamal Nasir bin Ahmad (Pegawai Staf 1 Agama Markas 2 Divisyen) dan barisan kakitangan PUSBA.

Program Qiyamulail yang bermula pada jam 5.10 pagi telah dipimpin oleh Pegawai Waren Dua Abdul Jalil bin Shafie (Penasihat Hal Ehwal Islam MK 2 Divisyen) dan seterusnya diakhiri dengan solat Subuh berjemaah.

Majlis Perjumpaan Panglima 2 Divisyen bersama peserta-peserta kursus kemudiannya disambung pada jam 7 pagi di dewan PUSBA. Majlis tersebut diadakan bagi menzahirkan keprihatinan Panglima kepada peserta-peserta kursus yang merupakan pegawai dan anggota di bawah naungan pemerintahan beliau secara tidak langsung dapat membina moral melalui amanat dan motivasi yang akan disampaikan.

Majlis tamat pada jam 9 pagi.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.