





PUSBA (5 JUN 2025)
MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025
Telah diadakan Majlis Tamat Kursus & Apresiasi yang penuh bersejarah buat para peserta.
Majlis di waktu pagi telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samad (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah Darul Aman) dan tetamu-tetamu jemputan.
Majlis yang bermula pada jam 10 pagi ini juga telah berlangsungnya sesi penyampaian Sijil Tamat Kursus dan Slip Keputusan Peperiksaan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus hari ini oleh Yang Berhormat Dato’ setelah selesai upacara perasmian. Majlis tamat pada jam 12 tengah hari.
Majlis Tamat Kursus & Apresiasi kembali bersambung pada jam 2.00 petang di mana kehadiran Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman selaku Panglima 2 Divisyen bersama-sama Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Mohd Fouzi bin Sulaiman selaku Panglima 6 Bridged turut memeriahkan majlis.
Majlis yang dijalankan mengikut istiadat ketenteraan ini bermula dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA) sebelum Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang bagi setiap mata pelajaran yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Panglima 2 Divisyen.
Dengan berakhirnya Majlis Tamat Kursus dan Apresiasi ini maka berakhirlah sudah Kursus Bimbingan Asas Fardhu Ain Saudara Muslim Peringkat 2 Divisyen.
Majlis tamat pada jam 4 petang.