Alih Bahasa:

27 Mei 2025 (Sintok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK menghadiri Program Perhimpunan Bulanan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, di sini.

Program dimulakan dengan sesi ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Staf UUM daripada Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Naib Canselor UUM sebelum diteruskan dengan sesi dialog dan soal jawab bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail yang menerangkan salah laku berkaitan rasuah di Malaysia.

Program ini diserikan lagi dengan penyerahan cek cura (mock cheque) daripada pihak MAIK bagi Program Bantuan Tajaan Makanan (Fidyah) kepada Pelajar Asnaf UUM bernilai RM120,000.00 serta penyerahan cek cura daripada pihak Bank Rakyat bagi Tabung Pelajar Asnaf UUM dan Bantuan Aktiviti Pengimarahan Masjid.

Program diakhiri dengan sesi peyerahan cenderahati kepada tetamu jemputan dan sesi bergambar melibatkan Naib Canselor UUM, Timbalan Naib Canselor, tetamu jemputan, pegawai serta pelajar UUM yang hadir.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.