Alih Bahasa:

28 Mei 2025 (Alor Setar) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Dulang, Yan, di sini.

Kehadiran Yang Berbahagia Ketua Bahagian Baitulmal MAIK disambut oleh Encik Khairol Aswadi bin Omar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Swasta Daerah Yan), Puan Wan Rozita binti Wan Osman, Guru Besar SK Dulang dan Puan Sharifah Kassmazi binti Tuan Kob, Penyelia KAFA daerah Yan.

Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Syeikh Suhaimi memaklumkan penyerahan Kabin guru KAFA ini merupakan inisiatif bersama antara MAIK dan pihak berkaitan dalam membantu memudahkan urusan guru-guru KAFA di sekolah-sekolah yang terpilih, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti guru KAFA dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Di akhir ucapan beliau, Tuan Syeikh Suhaimi turut berbesar hati mengucapkan tahniah kepada SK Dulang kerana terpilih untuk menjayakan projek kabin guru KAFA yang bernilai RM17,940.00 sebelum merasmikan penyerahan kabin guru KAFA melalui simbolik penyerahan replika kunci kepada Guru Besar SK Dulang.

Hadir sama ke majlis ini, Ustaz Helmi Mohd Yusof, Penyelia Kanan KAFA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Encik Mohd Asri bin Daud, Penghulu Mukim Dulang dan Tuan Syeikh Mohd Zamri bin Bakar, Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah MAIK.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.