Alih Bahasa:

20 Mei 2025 (Merbok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK menghadiri Majlis Sumbangan Sentuhan Kasih Daripada MAIK dan Kumpulan Syarikat EMZI bertempat di Dewan Perdana UiTM Kedah, di sini.

Majlis sumbangan ini merupakan simbolik kepada penyerahan sumbangan fidyah daripada Baitulmal MAIK kepada pelajar-pelajar UiTM Kedah yang berkelayakan melalui Program Tajaan Makanan (Fidyah) Pelajar IPT dan IPTS Negeri Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM Shah Alam.

MAIK memberi sumbangan sebanyak RM308,000.00 melalui cek cura yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Baitulmal kepada Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM Shah Alam yang mewakili pihak UiTM Kedah. Pihak syarikat EMZI turut memberi sumbangan wakalah zakat sebanyak RM19,050.50 kepada UiTM Kedah.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar di antara pihak UiTM, MAIK, Kumpulan Syarikat EMZI serta pelajar-pelajar UiTM Kedah yang berkelayakan sebelum diakhiri dengan sesi tayangan montaj Program Tajaan Makanan (Fidyah) Pelajar IPT dan IPTS Negeri kedah.

Hadir sama ke majlis ini, Professor Roshima Haji Said, menjalankan fungsi Rektor, UiTM Cawangan Kedah, Encik Roslan bin Mohamed, Ketua Komunkasi Korporat, Kumpulan Syarikat EMZI dan Dr. Junaida Ismail, Timbalan Rektor (Pendidikan) UiTM Kedah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.