Alih Bahasa:

Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola SPRM Negeri Kedah bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Negeri Kedah telah melibatkan Pembentangan Tatakelola bertujuan untuk mengkaji amalan, sistem dan tatacara berhubung pengurusan pembinaan masjid di Negeri Kedah oleh MAIK dan JHEAIK yang boleh membuka ruang berlaku penyelewengan dan rasuah telah diadakan pada 18 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Umar, JHEAIK.

Sesi ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @Zulkifli bin Haji Zainuddin, DSDK., DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK. , Pengarah JHEAIK merangkap Setiausaha MAIK manakala taklimat pembentangan penambahbaikan tatakelola telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmad Nizam bin Ismail, Pengarah SPRM Negeri Kedah bersama PPj Syed Aswadi bin Syed Soffian, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Kedah.

Majlis ini merupakan wadah perbincangan dan perkongsian dalam memperkukuh sistem tatakelola dan intergriti di peringkat institusi agama negeri. Kerjasama antara MAIK, JHEAIK dan SPRM membuktikan komitmen terhadap tadbir urus yang baik bukan sekadar slogan, tetapi satu amalan yang sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

MAIK berharap dengan penambahbaikan yang dicadangkan dapat memberikan budaya kerja yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi dalam institusi agama yang akan terus dihormati dan diyakini masyarakat.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.