Alih Bahasa:

09 Mei 2025 (Alor setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Halim Shah, Pantai Johor, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Dato’ Haji Hakim Ariff Bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar dan Syeikh Azhari bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Khutbah yang bertajuk ‘Persediaan Panggilan Haji’ disampaikan oleh Ustaz Sayuti bin Saipol Bahri menekankan pentingnya pengekalan niat baik sepanjang waktu dan sentiasa memperbaiki hati sebagai penyediaan Haji.

Selesai solat, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah perkenan bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Halim Shah Pantai Johor sebelum berangkat pulang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.