25 April 2025 (Alor setar): Duli
Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan
Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri
Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Jame’
Al Ehsan Sungai Mati, Langgar, di sini.
Keberangkatan tiba Tuanku Raja
Muda Kedah disambut oleh Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji
Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang
Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani Bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha MAIK.
Khutbah yang bertajuk
‘Penguatkuasaan Undang-Undang dan Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’
bersempena dengan hari ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan ke-79 disampaikan
oleh Ustaz Alias bin Mohd Arifin.
Selesai solat, Baginda Tuanku
Raja Muda Kedah perkenan bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Kerajaan yang
hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jame’ Al Ehsan Sungai Mati sebelum berangkat
pulang.