Alih Bahasa:

27 Mac 2025 (Alor Setar) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah bersama Anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tuanku Sarafudin Badlishah perkenan berangkat hadir ke Program Berbuka Puasa di Dataran Medan Bandar Alor Setar.

 

Keberangkatan tiba Tuanku sekeluarga disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghafar bin Yahya (Datuk Bandar Alor Setar), dif-dif kenamaan serta pegawai-pegawai tinggi daripada MAIK, JHEAIK dan MBAS.

 

Baginda Tuanku Raja Muda Kedah dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah perkenan mengurniakan sumbangan berupa makanan dan buah kepada orang ramai yang hadir ke Dataran Medan Bandar Alor Setar sebelum meneruskan program dengan santapan berbuka puasa pada jam 7.29 petang bersama dif-dif kenamaan dan orang ramai. Selesai berbuka, Baginda Tuanku sekeluarga berangkat ke Masjid Zahir bagi menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak beserta solat sunat Terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Syeikh Mohd Naim Bin Haji Ahmad (Imam Besar Masjid Zahir).

 

Baginda Tuanku Raja Muda Kedah dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah turut berkenan untuk sesi santapan moreh yang disediakan di Balai Santapan DiRaja Masjid Zahir sebelum berangkat pulang pada jam 10.40 malam diikuti oleh dif-dif kenamaan yang hadir dan orang ramai.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.