Alih Bahasa:

PUSBA (22 MAC 2025)

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

Pihak pentadbiran PUSBA telah meraikan pelajar-pelajar Kelas Mingguan Daerah PUSBA bagi Zon Utara pula hari ini yang terdiri dari daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap dalam satu Majlis Berbuka Puasa.

Majlis yang berlangsung di Anak Bukit Hall ini telah dimulai dengan sesi pendaftaran kehadiran. Sementara menunggu ketibaan Tuan Pengetua PUSBA, pelajar-pelajar dan barisan tetamu tidak melepaskan peluang bergambar di pentas utama sebagai tanda kenangan.

Majlis kemudiannya dimulakan dengan pimpinan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Shahrul Fikri bin Halim (Tenaga Pengajar PUSBA). Seterusnya ucapan aluan oleh Ustaz Wan Hariz Hazimin bin Abdul Rahman selaku Penyelia Kelas Mingguan Daerah PUSBA.

Majlis turut diserikan dengan satu persembahan nasyid yang telah disampaikan oleh pelajar-pelajar Kelas Mingguan PUSBA bagi daerah Kubang Pasu sebelum majlis perasmian serta Tausiah Ramadhan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA).

Objektif program turut tercapai dengan berjaya menghimpunkan pelajar-pelajar melalui Solat Maghrib secara berjemaah sebelum jamuan makan berlangsung.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.