Alih Bahasa:

PUSBA (21 MAC 2025)

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

Alhamdulillah pihak pentadbiran PUSBA telah meraikan pelajar-pelajar Kelas Mingguan Daerah PUSBA bagi Zon Selatan yang terdiri dari daerah Kuala Muda, Kulim, Baling dan Sik dalam satu Majlis Berbuka Puasa hari ini.

Majlis yang berlangsung di PUSBA ini telah dimulai dengan Solat Asar Berjemaah di dewan PUSBA. Majlis kemudiannya dimulakan dengan pimpinan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zikri bin Zulkifli (Tenaga Pengajar PUSBA). Seterusnya ucapan aluan oleh Ustaz Wan Hariz Hazimin bin Abdul Rahman selaku Penyelia Kelas Mingguan Daerah PUSBA.

Seterusnya, pelajar-pelajar Bulanan sesi 1/2025 seramai 25 orang telah membuat persembahan alunan Zikir Munajat sebelum majlis perasmian serta Tausiah Ramadhan yang telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA).

Objektif program tercapai dengan berjaya menghimpunkan pelajar-pelajar melalui solat berjemaah yang telah dilakukan bermula Solat Asar sehingga Solat Sunat Tarawih.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.