Alih Bahasa:

YAN (20 MAC 2025) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkenan berangkat hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1446H/2025M Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertempat di Dewan Lestari Guar Chempedak, Yan.

 

Keberangkatan Baginda disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Azam Bin Abd Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan) selaku wakil kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Haji Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), dif-dif kenamaan yang lain serta para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan mengurniakan sumbangan berbentuk wang tunai dan kuih raya kepada 170 orang penerima dengan kos diperuntukkan sebanyak RM71,400.00. Secara keseluruhan, Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah memperuntukkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM626,400.00 bagi tahun 1446H/2025M kepada 2,950 orang penerima di negeri ini.

 

Majlis ini merupakan satu simbolik bagi pengagihan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan dan layak melalui perantaraan oleh pihak masjid. Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban golongan berkelayakan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

 

 

Baginda Tuanku Raja Muda Kedah turut perkenan diadakan sesi sidang media sebelum berangkat pulang pada pukul 11.30 pagi diikuti dif-dif kenamaan yang lain.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.