Alih Bahasa:

ALOR SETAR (18 MAC 2025) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah berkenan berangkat hadir bersama anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tuanku Sarafudin Badlishah ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bertempat di Dewan Grand Ballroom 3 Hotel RAIA Alor Setar.

 

Keberangkatan Baginda berdua disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Haji Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berhormat Ustaz Azam Bin Abd Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), dif-dif kenamaan yang lain serta para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

 

Tuanku Raja Muda Kedah dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah berkenan menyampaikan sumbangan berupa kuih raya kepada Anggota dan kakitangan MAIK. Seterusnya Baginda berdua berkenan menyempurnakan santapan berbuka puasa bersama semua Anggota dan kakitangan MAIK sebelum menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah diikuti Solat Sunat Tarawikh yang diimamkan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri bin Bakar, Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah MAIK.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 10.30 malam selepas tamat acara santapan moreh diikuti dengan kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.