Alih Bahasa:

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Ketua Bahagian Baitulmal, Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee berganding bahu bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Dato’ Zulkhairi Bin Zainol Abidin dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad dalam menyantuni empat pesakit terlantar di daerah Kota Setar bagi melalui penyerahan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).

 

Dua pesakit daripada DUN Anak Bukit adalah Siah Mahamood, 88 terlantar sakit akibat penyakit kulit kronik dan osteoporosis dan Samsiah Md Saad, 73 yang terlantar akibat strok. Seterusnya dua pesakit dari DUN Bukit Pinang adalah Zaini Mokhtar, 61 merupakan pesakit kanser usus dan Muhammad Ezuan Razali, 44 terlantar akibat serangan strok.

 

Penyerahan bantuan ini bertujuan meringankan beban pesakit dari aspek kewangan dan peralatan perubatan sekaligus memenuhi keperluan semasa pesakit. Baitulmal MAIK turut serta dalam lawatan dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Asrama Akhlak Perempuan Jitra yang berada di bawah pengurusan JKM Kedah.

 

Turut hadir sama ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak dan ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Romani Wan Salin, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ustaz Hadi dan penghulu setempat.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.