07 Mac 2025 (Alor Setar) –
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum
Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat
Fardhu Jumaat di Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan
Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali
(Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil
bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd. Azam bin
Abd. Samat (Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim
(Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK) dan dif-dif kenamaan serta Ahli Jawatankuasa
Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis.
Baginda Tuanku turut perkenan
untuk bergambar bersama dif-dif kenamaan yang hadir serta Ahli Jawatankuasa
Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis sebelum diteruskan dengan sesi khutbah jumaat
yang bertajuk “RAMADAN YANG KU NANTIKAN”. Mimbar menekankan umat Islam perlu
dan sewajarnya memahami falsafah puasa dan hikmahnya selaras dengan al-Quran
dan Sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan
sahaja.
Selesai solat yang diimamkan oleh
Ustaz Haji Khairul bin Muhammad Haji Ali, Baginda beramah mesra bersama jemaah
yang hadir sebelum berangkat pulang pada pukul 2.30 petang, diikuti oleh
dif-dif kenamaan yang hadir.