


PUSBA (2 MAC 2025)
CERAMAH IHYA RAMADHAN
Alhamdulillah telah dianjurkan satu program sempena dengan kehadiran bulan puasa iaitu Ceramah Ihya Ramadhan.
Ceramah yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Khairul Anwar bin Hasan ini melibatkan pelajar bulanan sesi 1/2025 bersama-sama pelajar Kelas Mingguan Daerah Kuala Muda.
Antara perkara yang dikupaskan oleh Al Fadhil Ustaz ialah berkaitan 3 perkara iaitu Kelebihan bulan Ramadhan, Hukum-hakam melibatkan bulan Ramadhan serta Amalan-amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga segala ilmu yang telah dikongsikan sebentar tadi dapat dijadikan mutiara ilmu untuk dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar. Semoga Ramadhan kita kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun sebelum ini.