Jitra – Selasa (25 Februari 2025) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku
Raja Muda Kedah Merangkap Yang Dipertua MAIK.
Turut hadir ke Masjid Sharifah Fatimah ialah Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berhormat Dr Haim Hilman Bin Abdullah (ADUN Jitra), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie), Yang Berhormat Tuan Saifulrijal Bin Azhari (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah), Yang Berbahagia Encik Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim Pegawai Daerah Kubang Pasu dan Pegawai – Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Pegawai – Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta anak kariah Masjid Sharifah Fatimah.
Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin dan seterusnya bacaan yasin dan doa. Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah.
Majlis bersurai pada jam 9.30 malam selepas kepulangan dif-dif jemputan.