Alih Bahasa:

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FIDYAH BAGI TAHUN 1446H/2025M DI MASJID AL HUDA KAMPUNG HANGUS, BALING

18 Februari 2025, Baling – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah menganjurkan Majlis Penyampaian Fidyah Tahun 1446H/2025M yang bertempat di Masjid Al-Huda Kampung Hangus, Kupang, Baling yang merupakan satu simbolik kepada program-program agihan fidyah dalam tahun 1446H/2025M.

Penyampaian sumbangan fidyah berbentuk Wang Tunai dan Kit Tabaruk Baitulmal yang bernilai RM100,000.00 kepada kira-kira 200 orang penerima disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui ucapannya memaklumkan Baitulmal MAIK telah melaksanakan agihan dalam bentuk tunai dan beras melalui masjid-masjid di Negeri Kedah, iaitu sebanyak 588 buah masjid yang melibatkan 8,820 orang fakir miskin dengan peruntukan sebanyak RM2,110,250.00.

Tambah Beliau, Baitulmal MAIK telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan JHEAIK bagi pengagihan bantuan fidyah melibatkan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) dan pondok di negeri Kedah. Inisiatif terkini Baitulmal MAIK melalui “Program Bantuan Makanan Kepada Pelajar Miskin Di Negeri Kedah” menyasarkan agihan fidyah kepada 450 orang pelajar di Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA Merbok dan Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Jumlah terkumpul bagi bantuan fidyah kepada SMAR, pondok dan universiti adalah sebanyak RM1,166,320.00.

Di akhir ucapan beliau, Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin mengharapkan semua pihak terutama agensi-agensi agama dan pegawai masjid di negeri Kedah untuk memberikan penerangan berkaitan perkhidmatan fidyah dan kafarah kepada masyarakat agar pengurusan kutipan dan agihan dapat dilakukan dengan lebih baik pada tahun akan datang.

Dalam majlis yang sama, Baitulmal MAIK turut membuat sumbangan sebanyak 6 buah kiosk niaga kepada penerima yang berkelayakan serta sumbangan berbentuk cek cura (mock cheque) bernilai RM10,000.00  yang diserahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat kepada Tuan Shaari bin Junus, Imam Masjid Al-Huda Kampung Hangus.

Hadir sama ke majlis tersebut, Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berusaha Encik Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling, Yang Berhormat Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad (Bersara), ketua-ketua bahagian dan unit MAIK serta ahli jawatankuasa Masjid Al-Huda Kampung Hangus.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.