

SIK (15 JANUARI 2025)
PENDAFTARAN KELAS MINGGUAN PUSBA DAERAH SIK
Alhamdulillah pendaftaran bagi kemasukan pelajar-pelajar ke Kelas Mingguan PUSBA bagi daerah Sik telah dilakukan pada hari ini.
Sesi pendaftaran turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee (Pengetua PUSBA) yang telah memberi sedikit taklimat berkaitan perjalanan kelas kepada Tenaga Pengajar dan pelajar-pelajar yang baru.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman kerana telah menyediakan tempat dan prasarana lengkap buat PUSBA menjalankan kelas kepada Mualaf di daerah Sik. Semoga segala gerak kerja seterusnya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Telah dilihat : 330