Alih Bahasa:

MAJLIS PENYAMPAIAN TITAH AMANAT TAHUN BARU 2025 DAN PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH (PARK MAIK) OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (14 JANUARI 2025) – Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2024 di Kedah Digital Library Alor Setar. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berangkat hadir jam 10.30 pagi menyampaikan Titah Perutusan Amanat Tahun Baru 2025. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Bin Haji Awang Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berhormat Tuan Saifulrijal Bin Azhari (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), dan semua anggota mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan semua pegawai dan kakitangan MAIK.

Memulakan Titah Perutusan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan mengimbas kembali beberapa peristiwa besar yang telah berlaku di peringkat dunia antaranya ketegangan geopolitik dan peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, Israel dan Palestin serta konflik di Syria. Peringkat nasional, kita juga menempuhi beberapa perkara signifikan yang sedikit sebanyak memberi kesan antaranya ialah keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina yang melibatkan pertindihan kuasa antara perundangan sivil dan syariah selain syarikat GISB yang berkaitan isu akidah dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bertitah bahawa pada tahun ini semua kakitangan hendaklah mempunyai pemikiran yang luas dan jelas dalam membantu MAIK menjana hasil pendapatan bagi menjalankan fungsinya selain berupaya merancang strategi bagi memperluas peranan dan mengukuhkan pentadbiran tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Baginda menitahkan supaya setiap kakitangan memberi fokus dalam melaksanakan tindakan strategik yang telah dirancang dalam Pelan Strategik disamping kerja operasi harian. Tahun 2025 merupakan tahun terakhir pelaksanaan Pelan Strategik MAIK 2021-2025. Justeru itu, gerak kerja dan pembangunan pelan strategik tahun 2026-2030 hendaklah dimulakankan segera dan ketua bahagian dan unit hendaklah berkerjasama dengan Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan Strategik bagi merangka pelan strategik yang realistik.

Mengakhiri titah perutusan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berpesan supaya semua kakitangan memberi perhatian kepada penemuan audit untuk meningkatkan kualiti tadbir urus pengurusan. Baginda juga mengingatkan kepada kakitangan supaya menghindari budaya kerja negatif, melaksanakan tugasan dengan penuh integriti dan bekerja dengan lebih gigih untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Kedah.

Selepas menyampaikan Titah Amanat Perutusan, Baginda berkenan melancarkan Pelan Antirasuah MAIK (PARK MAIK) khusus untuk membentuk warga kerja bebas rasuah dan berintegriti tinggi. Pelancaran PARK MAIK itu telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah.

PARK MAIK ini dibangunkan seiring dengan komitmen kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mencapai aspirasi agar Malaysia kerana Integriti dan bukannya rasuah. Dengan visi untuk melahirkan warga kerja MAIK yang berintegriti dengan budaya amalan membenci rasuah,telus dan amanah mengikut undang-undang syariat Islam. Usai menyampaikan titah amanat dan melancarkan Pelan antitasuah (PARK MAIK), Baginda berkenan bergambar bersama semua Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan kakitangan.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 1.00 petang diikuti oleh kepulangan Anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

selanjutnya….


Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.