

PUSBA (12 JANUARI 2025)
TAKLIMAT PERATURAN PELAJAR BULANAN PUSBA SESI 1/2025
Telah dilakukan satu taklimat bagi menerangkan peraturan-peraturan asrama serta peraturan ketika berada dalam kawasan PUSBA.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shahrul Fikri Bin Halim (Warden Asrama Lelaki) kepada hampir 20 orang pelajar setakat ini. Taklimat telah ditutup dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi Bin Zulkiflee (Pengetua PUSBA) yang telah memberi pesanan agar semua pelajar dapat mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan.
Kepada yang masih berminat untuk mengikuti pengajian boleh menghubungi kami kerana pendaftaran kemasukan masih dibuka.
Telah dilihat : 381