Alih Bahasa:

13 DISEMBER 2024 – ALOR SETAR: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, hari ini.

Ketibaan Baginda disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani bin Zainuddin, Pengarah JHEAIK merangkap Setiausaha MAIK dan Dato’ Syeikh Haji Zakaria Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan yang lain.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh imam masjid, Ustaz Azman Bin Ali Mahsen yang bertajuk “Memperkasa Ekonomi Ummah.”

“Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah memulakan usaha untuk mewujudkan satu bentuk kitaran ekonomi yang lebih adil kepada para petani khususnya pesawah di negeri Kedah melalui projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA) sejak tahun 2021. Tujuannya adalah untuk memastikan penjimatan kos yang tinggi, di samping hasil yang meningkat kepada para peserta asnaf. Sehingga kini, seramai 92 orang peserta daripada golongan asnaf fakir dan miskin telah mengusahakan projek ini dan menerima hasil yang memberangsangkan,” ujarnya.

“Terkini LZNK yang telah mengambil alih sebuah kilang padi di Ulu Dulang, Yan sebagai permulaan. Kilang ini diwakafkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kedah. Apabila kilang ini diwakafkan, maka secara umumnya kilang ini tidak akan dimiliki oleh mana-mana individu, malah segala manfaat yang terhasil akan dinikmati secara bersama oleh semua umat Islam serta akan dapat menjadi satu bentuk inovasi yang menekankan konsep keadilan kepada semua pesawah di negeri Kedah khususnya petani miskin.”

Usai solat, Baginda Tuanku perkenan merakamkan potret kenangan bersama ahli jawatankuasa masjid serta menyantuni jemaah yang hadir solat Jumaat bersama Baginda sebelum berangkat pulang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.