Alih Bahasa:

13 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – POKOK SENA: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Banjir kepada Masjid dan Surau Daerah Pokok Sena di Masjid Raudhatus Solihin, Kampung Bukit, Derang, Daerah Pokok Sena.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah disambut Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan dif-dif kenamaan yang lain.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut perkenan melawat pekarangan masjid yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda. Semasa lawatan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut perkenan menerima persembahan taklimat bencana banjir yang dipersembahkan oleh Encik Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM35,000.00 daripada Tabung Bencana Alam Majlis Agama Islam Negeri Kedah kepada Masjid Raudhatus Solihin, Kg Bukit, Mukim Derang dan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000.00 kepada Surau Niamat Madrasah Tarbiah Islamiah Derang yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda melalui gimik sumbangan berbentuk mock cheque.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat meninggalkan majlis pada jam 10.30 pagi. Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.