Alih Bahasa:

Pokok sena, Kedah Darul Aman – 18 Jun 2024 (Selasa) Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Masjid Al Kauthar, Kampung Bukit Payong, Pokok Sena untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal MAIK bagi Tahun 1445H/2024M.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Berhormat Ustaz Azam Bin Abd Samad, Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yang berusaha Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi , Pegawai Daerah Pokok Sena , Yang Berhormat Ustaz Salim Bin Mahmood Al Hafiz, ADUN Bukit Lada, Pegawai-Pegawai MAIK dan Pejabat Agama Daerah Pokok Sena serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al Kauthar, Kampung Bukit Payong, Pokok Sena Kedah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berusaha Tuan Syeikh Mohd Ikmal Hafif Bin Azmi, Pegawai Agama Daerah Pokok Sena dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Menurutnya, pada majlis kali ini pentadbiran Baitulmal mengagihkan sebanyak 6 ekor lembu kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada anak kariah. Disamping itu, pihak Baitulmal juga turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit kronik.  Seramai 100 orang penerima dan akan menerima wang tunai sebanyak RM400.00 setiap seorang. Beliau juga memaklumkan bahawa majlis penyerahan daging korban ini merupakan kali ke 11 pelaksanaanya oleh pihak Baitulmal dan akan diadakan di setiap masjid di Negeri Kedah secara bergilir.

Tambah beliau, selain daripada agihan daging korban kepada masjid-masjid yang terpilih, pihak Baitulmal juga turut mempelbagaikan program bantuan kepada masyarakat di Negeri Kedah. Antaranya ialah bantuan khemah niaga, kiosk niaga, bantuan motorsikal kepada OKU atau golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan bencana alam dan lain-lain bantuan. Kesemua bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 150 orang kanak-kanak yang hadir serta berkenan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid sebanyak RM10,000.00. Baginda juga turut berkenan untuk acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Kauthar.

Baginda berangkat pulang meninggalkan majlis kira kira jam 11.00 pagi. Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.