Alih Bahasa:

18 Mei 2024 – Alor Setar: Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menganjurkan “Majlis Penghargaan Sumbangan Public Islamic Bank Berhad Serta Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa Dan Projek Mini SPBT Kafa Tahun 2024

 

Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Public Islamic Bank Berhad diatas sumbangan yang diberikan didalam Skim Infak Fisabilillah dibawah Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah (TABK).

Fokus utama tahun 2024, pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah untuk memperkasakan kutipan hasil perkhidmatan “SKIM INFAK FISABILILLAH”. Baitulmal juga turut membuka peluang kepada masyarakat, pertubuhan, serta badan korporat untuk sama-sama menyalurkan sumbangan melalui SKIM INFAK FISABILILLAH.

Majlis Penghargaan Sumbangan Public Islamic Bank Berhad Serta Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa Dan Projek Mini SPBT Kafa Tahun 2024 diserikan lagi dengan ucapan aluan oleh  Yang Berbahagia Encik Syamsul Azuan bin Ahmad Fauzi Ketua Pegawai Eksekutif (Public Islamic Bank Berhad) dan ucapan perasmian penutup oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang Mufti Negeri Kedah Darul Aman.

Secara signifikan kolaborasi Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dengan Baitulmal telah berjaya melaksanakan projek Kabin Guru KAFA di empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Gunung, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan Telok Kechai dan Sekolah Kebangsaan Kurong hitam. Sumbangan ini juga disalurkan untuk Skim Pinjaman Buku Teks KAFA melibatkan 2,200 murid di sekolah rendah seluruh negeri Kedah.

Sumbangan daripada Public Islamic Bank Berhad ini telah membantu khususnya pengurusan KAFA dengan wujudnya kabin guru KAFA dan meringankan beban murid di sekolah rendah di seluruh kedah dengan adanya skim pinjaman buku teks KAFA kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Pihak Baitulmal berharap agar kerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad dapat diteruskan lagi bagi melengkapkan kemudahan kabin guru KAFA dan skim pinjaman buku teks KAFA serta lain-lain bantuan yang diperlukan pada masa hadapan.

Pihak Baitulmal mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Public Islamic Bank Berhad (PIBB) di atas sumbangan yang amat bermakna ini.

Pihak Baitulmal juga mengharapkan agar, institusi kewangan dan korporat yang lain akan mencontohi usaha Public Islamic Bank Berhad bagi menjayakan projek-projek untuk pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan di negeri Kedah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.