Alih Bahasa:

26 April 2024 – Megat Dewa : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek As-Salam, Kariah Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu.

Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah; Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainudin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Yang Dihormati Dato’ Fisol bin Salleh, Ketua Polis Negeri Kedah dan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Saleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu serta dif-dif kenamaan yang lain.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh imam masjid iaitu Ustaz Abdul Nasir bin Abdul Ghani. Intipati khutbah menyeru kepada ibu dan bapa akan kepentingan mendidik anak berteraskan metod Islam.

“Proses menjaga dan mendidik anak-anak bukan satu perkara yang mudah dan dipandang ringan. Kelalaian, kelemahan, kesilapan dan kesalahan ibu bapa dalam mentarbiah atau mendidik anak-anak adalah penyebab terbesar dalam menambahkan lagi jumlah generasi pincang, bermasalah, terpesong dari matlamat keinsanan dan akhirnya menjadi sampah masyarakat, musuh negara serta perosak agama.”

Usai Solat Jumaat, Baginda DYTM Raja Muda Kedah perkenan bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan seluruh jemaah masjid yang hadir.

 

 

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.