Alih Bahasa:

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH KE MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 1445H/2024M

6 APRIL 2024 – ALOR SETAR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1445H/2024M di Masjid Zahir Alor Setar.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.

Keberangkatan tiba Tuanku serta Kerabat Diraja disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Encik Zubir bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah; Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan yang lain.

Terdahulu, Baginda Tuanku serta Kerabat Diraja turut perkenan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah bersama tetamu yang hadir sebelum meneruskan aturcara Majlis Sah Khatam Al-Quran.
Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PENDAFTARAN KELAS MINGGUAN PUSBA DAERAH SIK

16 January 2025

SIK (15 JANUARI 2025) PENDAFTARAN KELAS MINGGUAN PUSBA DAERAH SIK Alhamdulillah pendaftaran...

TAKLIMAT PERATURAN PELAJAR BULANAN PUSBA SESI 1/2025

13 January 2025

PUSBA (12 JANUARI 2025) TAKLIMAT PERATURAN PELAJAR BULANAN PUSBA SESI 1/2025 Telah...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA BANJIR KEPADA MASJID DAN SURAU DI DAERAH POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

13 December 2024

13 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – POKOK SENA: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.