Alih Bahasa:

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AS SALAM ALOR SEMELA ALOR SETAR KEDAH

Alor Setar (5 April 2024) : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid As Salam, Alor Semela, Alor Setar Kedah.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Radhi Bin Md Din (ADUN Alor Mengkudu) Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhornat Dato’ Syed Khairol Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah) Yang Berhormat Ustaz Azam Bin Abd Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan Negeri Kedah), Sohibus Samah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah) Yang Berbahagia Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md Noor (Pegawai Daerah Kota Setar), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi Bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Kota Setar) serta dif-dif kenamaan yang lain.

Yang Berusaha Tuan Haji Abd Rahman Bin Hamid Imam Masjid As Salam menyampaikan khutbah bertajuk ‘Zakat Fitrah jangan dilupa’. Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, tuan Imam turut membaca qunut nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid As Salam.

Baginda berangkat pulang pada jam 2.15 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.
Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.