Alor Setar (29 MAC 2024): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ummah, Alor Setar Kedah di sini hari ini.
Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Dr Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurrazi (Ahli Parlimen Kuala Kedah), Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Syed Khairol Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah) Yang Berhormat Ustaz Azam Bin Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah) Yang Berbahagia Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md Noor ( Pegawai Daerah Kota Setar), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim ( Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi Bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Kota Setar) serta dif-dif kenamaan yang lain.
Yang Berusaha Mohd Nazimi Zaim bin Ismail Imam Masjid Al Ummah menyampaikan khutbah bertajuk “Keagungan dan kesucian dipertahankan’. Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, tuan Imam turut membaca qunut nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.
Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Ummah Kuala Kedah.
Baginda berangkat pulang pada jam 2.30 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain