Alih Bahasa:

MAJLIS TAKLIMAT PROJEK SISTEM SOLAR PV DI MASJID-MASJID SELURUH NEGERI KEDAH

Alor Setar (04 MAC 2024): Majlis Taklimat Projek Sistem Solar PV Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Kedah diadakan di Ellisa Garden, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Agama Daerah, Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Masjid-masjid yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub, Ketua Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah melantik SG Energy Sdn Bhd sebagai pelaksana bagi Projek Sistem Solar PV Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Kedah.

Majlis taklimat ini diadakan bertujuan memberi maklumat berkaitan objektif dan matlamat projek ini dimana ia mensasarankan penjimatan kos elektrik yang bakal dinikmati oleh masjid di seluruh negeri Kedah. Sejajar dengan matlamat utama iaitu menuju kearah sebuah negeri yang mesra tenaga hijau.

Program ini adalah satu insentif kerajaan bagi menggalakkan sektor komersial terlibat di dalam pemasangan sistem solar tanpa sebarang kos. Seiring itu, program ini akan menyokong dan membolehkan kerajaan mencapai sasaran penggunaan solar dan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Sasaran 300 buah masjid di seluruh negeri Kedah terlibat didalam projek ini. Secara keseluruhannya, dianggarkan jumlah kapasiti pemasangan sebanyak 7,590.96 (kWp) dengan anggaran penjanaan solar sebanyak 10,251,591.48 (kWh/setahun). Berdasarkan janaan tersebut, penjimatan bil elektrik dianggarkan sebanyak 6.5 juta Ringgit Malaysia setahun.

Inisiatif yang diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah ini adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dalam usaha mengarus perdanakan peralihan tenaga negara untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

15 May 2025

15 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama...

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

15 May 2025

13 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama...

KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

6 May 2025

PUSBA (4 MEI 2025) KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.