Majlis Hi-Tea Wakaf bersama Pegawai-Pegawai Agensi Agama di Negeri Kedah telah diadakan di Ballroom 1, Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar. Seramai 85 orang Pegawai melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Agama Daerah seluruh Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Mahkamah Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Universiti Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menghadirkan diri di program ini yang dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Majlis penyerahan Mock Cek Kutipan Dana Wakaf Tunai bernilai RM450,924.28, bagi pembinaan Masjid Al-Hidayah Kampung Bendang Cherok Changloon, Daerah Kubang Pasu turut diserahkan kepada Jawatankuasa Masjid Kariah Bendang Cherok, Daerah Kubang Pasu.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan semua Pegawai dan kakitangan di seluruh Agensi Agama di Negeri Kedah Darul Aman membuat potongan gaji secara bulanan bagi Wakaf Tunai.
Hasil dana Wakaf Tunai ini akan disalurkan bagi Pembinaan Masjid, Surau, Sekolah Agama dan pelbagai jenis manfaat untuk kepentingan agama, kebajikan, serta pembangunan sosio ekonomi ummah.