Alih Bahasa:

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID ZAHIR ALOR SETAR KEDAH

Alor Setar (9 FEBRUARI 2024): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zahir, Alor Setar di sini hari ini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada jam 1.10 petang disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Noor (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Tuan Haji Dzowahir Bin Haji Ab Ghani, Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang ( Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), Yang Berbahagia Encik Nurul Zaki bin Mohd Zainol (Wakil Pegawai Daerah Kota Setar), Yang Berbahagia Encik Abd Malek Bin Shaari (Penolong Setiausaha MAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Hj. Ghazali( Ketua Bahagian Baitulmal MAIK) serta dif-dif kenamaan yang lain.

 

Yang Berusaha Ustaz Muhammad Kamal Ariffin Bin Haji Abdul Hamid (Imam Masjid Zahir) menyampaikan khutbah bertajuk “Pesona Israk Dan Mikraj”.

Solat Jumaat diimankan oleh Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Naim Bin Haji Ahmad (Imam besar Masjid Zahir). Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, tuan Imam turut membaca qunut nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

 

Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah usai solat jumaat berkenan menyempurnakan acara bergambar bersama semua Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Masjid Zahir Alor Setar.

 

Baginda berangkat pulang pada jam 2.30 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.